Topik 1 : Cara Memohon Bantuan Insentif KerjayaGig RM600

PENTING: Sila baca dengan teliti sebelum membuat permohonan agar tidak membazir masa mana-mana pihak
PENTING: Ini adalah program yang berbeza dengan sebelum ini, kali ini di bawah PEMULIH, yang pernah mohon di bawah PEMERKASA tidak kira lulus atau gagal sila jangan mohon lagi, terima kasih.
PENTING: Jika anda adalah dropshipper Kumoten, sila log keluar dari akaun sekarang & daftar akaun baru kerana proses pendaftaran untuk memohon insentif program KerjayaGig tidak sama. ( Klik sini untuk mendaftar )

Siapakah yang layak memohon?
Pencari kerja yang kehilangan/ diberhentikan kerja
Pencari kerja yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan
Golongan rentan yang berdaftar dengan e-Kasih
Golongan rentan yang tidak berdaftar dengan mana-mana agensi
Golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia
Penganggur yang telah menganggur lebih dari 180 hari
Graduan yang telah menganggur lebih dari 180 hari

Sebab-sebab pemohonan gagal?
Pekerja yang masih/ sedang mempunyai pekerjaan tetap
Pelajar yang masih belum tamat pelajaran
Pemohon yang telah berdaftar dengan Operator Gig lain
Pemohon yang telah mendapat hiring incentive dari Perkeso
Pemohon yang pernah memohon bantuan insentif kerjayagig yang lalu tidak kira lulus atau gagal

Bagaimana untuk memohon?

Pergi ke laman ini dan baca informasi tentang bantuan insentif KerjayaGig.



Setelah faham dengan segala syarat permohonan, klik pada butang "Klik Untuk Mula Sini".



Isi semua maklumat penting tentang diri anda sebagai pemohon.

penting untuk pilih kategori mengikut situasi anda sekarang, ini menentukan dokumen apa yang perlu anda lampirkan semasa kemaskini profil

Mohon jawatan "KUMOTEN DROPSHIP (PEMULIH Insentif Kerjaya Gig)" di MYFutureJobs ( Klik Sini )



Langkah seterusnya?

Tunggu & sentiasa periksa emel dari PERKESO

Kami akan menghantar pemohonan anda ke PERKESO untuk penilaian.
Sentiasa periksa emel yang masuk, jika layak PERKESO akan menghantar emel untuk log masuk ke portal Penjana Kerjaya.
Proses ini mungkin ambil masa dalam 30 hari.
Was this article helpful?
Cancel
Thank you!