Last updated : 4.6.2021



Hanya pemohon yang menerima emel bertajuk seperti di bawah yang mempunyai akses ke Penjana Kerjaya.



Jika anda menerima emel tersebut, sila sahkan pendaftaran dengan klik "here".



Setelah mengesahkan pendaftaran, log masuk ke Penjana Kerjaya, klik "OBS" dan masukan nombor IC & Kata Laluan yang diberi dalam emel tadi.



Klik "Register" untuk kemaskini maklumat anda.



Seterusnya bahagian dokumen sokongan



Bahagian pertama " Copy of Bank Statement" memerlukan anda untuk muat naik salinan penyata bank

Tangkap gambar buku akaun bank anda atau muat turun penyata bank melalui laman web perbankan seperti Maybank2u ( klik untuk panduan ) & CIMBClicks ( klik untuk panduan ).

Pastikan Nama Penuh, Nombor Akaun Bank, Nama Bank pada buku akaun bank dan penyata bank anda boleh dilihat dengan jelas.

Klik "Choose File", pilih fail tersebut dan muat naik.



Bahagian kedua " Copy of Identity Card" memerlukan anda untuk muat naik gambar kad pengenalan

Tangkap gambar atau scan kad pengenalan anda depan dan belakang dengan jelas.

Klik "Choose File", pilih fail tersebut dan muat naik.



Bahagian ketiga " Copy of Employment Verification Form" memerlukan anda untuk muat baik Borang 1 yang disediakan oleh Perkeso

Muat turun Borang 1, lengkapkan dan tandatangan ( Klik sini ).

Tangkap gambar atau scan surat yang sudah ditandatangan.

Klik "Choose File", pilih fail tersebut dan muat naik.



Bahagian keempat " Copy of Confirmation Email" memerlukan anda untuk muat naik Surat Pengesahan Pekerjaan daripada Operator

Log masuk ke Kumoten ( Klik sini ).

Muat turun dan tandatangan Surat Pengesahan Pekerjaan ( Klik sini ).

Tangkap gambar atau scan surat yang sudah ditandatangan.

Klik "Choose File", pilih fail tersebut dan muat naik.



Bahagian kelima " Copy of Bank Supporting Document" memerlukan anda muat naik document sokongan

Dokumen Sokongan ( Jika Ada )

Sebarang dokumen bukti kehilangan kerja seperti surat diberhentikan kerja, notis cuti tanpa gaji, Kad OKU, bukti berdaftar dibawah e-KASIH
Jika ada sila scan atau tangkap gambar dokumen berkenaan

Borang 2 - Borang Pengesahan Pendapatan & Tanggungan Isi Rumah ( Jika tiada dokumen sokongan )

PERHATIAN: Borang 2 adalah untuk yang tidak mempunyai dokumen sokongan seperti surat diberhentikan kerja, notis cuti tanpa gaji, kad OKU, bukti berdaftar di bawah e-KASIH dan juga untuk golongan rentan yang berpendapatan rendah

Muat turun Borang 2, lengkapkan dan tandatangan ( klik sini ).
Pengesahan daripada Ketua Kampung dan tandatangan dari Pesuruhjaya Sumpah pada Borang 2 adalah tidak wajib semasa tempoh lockdown ini. Namun ia masih diperlukan oleh Perkeso pada bila-bila masa selepas tempoh lockdown ini berakhir.

Setelah semua surat sokongan telah tersedia, jika anda tiada scanner anda boleh tangkap gambar dan gabungkan kesemuanya dengan CombinePDF ( klik untuk CombinePDF ) ( klik untuk panduan ).

Setelah digabungkan, klik "Choose File", pilih fail tersebut dan muat naik.



Tanda Pengisytiharan

Tanda pada kotak terakhir sekiranya anda ingin membuat caruman Perkeso di bawah SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA SENDIRI (SKSPS)



Akhir sekali tekan butang "Next" untuk menghantar kesemua maklumat anda.

Sila lengkapkan semua maklumat secepat mungkin. Jika anda mempunyai masalah dalam memuatnaik dokumen, sila hubungi Live Chat, FB Messenger & Whatsapp kami.

Sekian terima kasih.
Was this article helpful?
Cancel
Thank you!