Panduan Mengemaskini Log Kerja

PERHATIAN: Log kerja hendaklah sekurangnya 15 jam seminggu = 60 jam sebulan, jika tidak anda tidak layak untuk perolehi insentif RM600 bulan itu.

Layari https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/login.php , klik "OBS", masukkan Nombor IC serta Kata Laluan anda.



Klik "Activity Log" di panel kiri, seterusnya klik butang "Add New Activity Log".



Bahagian pertama "Activity Details" :



Activity - aktiviti yang dilakukan ( Contoh: Sync Product )
Duration Hour - bilangan jam untuk aktiviti tersebut ( Contoh: 60jam )
Description Activity - keterangan tentang aktiviti tersebut ( Contoh: pilih dan masukan produk ke dalam Mystore, sync ke Shopee dengan klik pada ikon. )

Bahagian kedua "Supporting Document"



Log masuk ke https://kumoten.com/pemerkasa
Muat turun "Log Report Bulanan" dengan klik "Muat Turun Log Report Bulanan".
Klik "Choose File", pilih log report tersebut dan muat naik.

Bahagian ketiga " Declaration"



Tanda kesemuanya sebagai pengakuan bahawa dokumen yang dikemaskini adalah sahih, telah menyiapkan kerja sekurangnya 15 jam seminggu & memahami segala terma dan syarat yang ditentukan untuk program ini.
Klik butang "Submit" untuk mengemaskini Log Kerja Bulanan.

Klik Sini untuk Panduan Memulakan Dropship & Aktiviti yang boleh dilakukan untuk Log Kerja anda.
Was this article helpful?
Cancel
Thank you!