Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18-60 tahun *
Program ini terbuka kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan & diberi cuti tanpa gaji
Program ini terbuka kepada golongan rentan & golongan berpendapatan rendah yang berdaftar di bawah e-kasih

Langkah-langkah untuk memohon Insentif Program KerjayaGig

Daftar akaun Kumoten secara percuma. [ klik sini ]
( PERHATIAN: Jika anda adalah dropshipper Kumoten yang sedia ada, anda diwajibkan log keluar & daftar akaun baru di sini )

PERHATIAN: Anda disarankan menggunakan telefon pintar Androids atau komputer riba (laptop) untuk pendaftaran Kumoten

Log masuk ke akaun Kumoten anda dan lihat senarai semak untuk program ini. ( klik sini )

Daftar akaun MYFutureJobs jika masih belum ada [ klik sini ]. Jika sudah ada akaun MYFutureJobs, sila mohon pekerjaan sebagai Kumoten Dropship [ klik sini ].

PERHATIAN: Anda disarankan menggunakan komputer riba (laptop) untuk pendaftaran MYFutureJobs

Calon yang berkelayakan & mendapat kelulusan daripada PERKESO menerima insentif RM600 akan menerima email untuk membuka akaun Orang Bekerja Sendiri (OBS) di portal Penjana Kerjaya bagi memuatnaik log kerja pada bulan berikutnya.

Antara sebab-sebab calon tidak layak mendapat insentif RM600 adalah seperti berikut:
Calon telah didaftarkan di HIRING INSENTIVE 1.0/2.0 atau platform gig yang lain
Calon tidak berdaftar atau tidak aktifkan akaun di My Future Jobs atau Kumoten
Maklumat yang didaftarkan di Kumoten dan My Future Jobs tidak lengkap
Calon sudah bekerja
Tidak memenuhi syarat-syarat PERKESO

PERHATIAN : Laman web Penjana Kerjaya masih dalam proses penyelenggaraan teknikal

Jika anda tidak menerima sebarang emel daripada Penjana Kerjaya untuk membuka akaun Orang Bekerja Sendiri (OBS) dalam masa 30 hari, bermakna anda tidak berkelayakan menerima insentif RM600. Namun anda boleh terus menjaga bisnes dropship Kumoten anda.
Tarikh tutup permohonan pada 30hb Jun 2021.
Was this article helpful?
Cancel
Thank you!